berjalan,melihat dan mentafsir….

merdeka…merdeka…merdeka

Posted on: Ogos 30, 2007

Dirgahayu Malaysia

Image

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Detik menjelang 50 tahun kemerdekaan Malaysia malam ini disambut dengan penuh gilang-gemilang melambangkan semangat patriotik yang tidak pernah padam dalam hati segenap lapisan rakyat.

Dataran Merdeka di sini, seperti juga malam menjelang 31 Ogos 1957 lima puluh tahun lalu, terus menjadi saksi keteguhan rakyat Malaysia untuk bersatu mempertahankan kemerdekaan dengan jiwa dan raga mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengetuai upacara sambutan itu turut melaungkan kata-kata keramat ‘Merdeka’ selepas pukul 12 malam.

Laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali yang diucapkannya dalam nada bersemangat seperti yang dilakukan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lima dekad lalu disambut dengan sahutan bergemuruh lebih 50,000 warga kota yang membanjiri Dataran Merdeka.

Perdana Menteri dalam ucapan ringkasnya mengingatkan generasi muda supaya mempertahankan kemerdekaan tanpa membenarkan sesiapa pun mencerobohi negara ini.

Beliau meminta mereka berusaha mencapai kecemerlangan dan melakar kegemilangan bagi memastikan Malaysia terbilang.

Katanya, rakyat Malaysia harus memastikan bahawa sekali merdeka, selama-lamanya mereka merdeka; sekali maju, selama-lamanya maju dan berjaya.

Dalam ucapan itu, Abdullah mahu rakyat Malaysia bersyukur atas rekod pencapaian lima puluh tahun Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka, berdaulat, aman, makmur, bersatu dan dihormati.

Menurut beliau, tugas mengisi kemerdekaan belum selesai dan rakyat perlu berjuang menjadikan negara ini lebih tinggi martabatnya.

Sambil meminta rakyat menjaga perpaduan antara kaum, beliau menggesa seluruh usaha ditumpukan untuk menambah nilai diri, bangsa dan negara.

“Adalah penting kita menambah nilai kepada apa yang telah diperoleh oleh para pemimpin yang mendahului kita,” kata Abdullah.

Persembahan kebudayaan dan pertunjukan cahaya menyerikan Ambang Merdeka kali ini. Orang ramai dihiburkan dengan nyanyian lagu-lagu oleh Mawi, Roy, Kenny Lee, Andre Goh, Bob dan Kogi.

Sambutan Ambang Merdeka itu secara simbolik memperingati semula perjuangan parti UMNO, MCA dan MIC mendapatkan kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting; Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu serta para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN). Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Rais Yatim turut berucap pada majlis itu.

1 Response to "merdeka…merdeka…merdeka"

laung merdeka je lebih, tapi tak hayati erti kemerdekaan sebenar … apa guna … setakat sebuk mengadakan konsert yang membuatkan remaja terkinja-kinja, terlompat-lompat …. xde guna, lebih baik tak yah sambut

Tinggalkan komen

tentang aku…

Wahai teman, hatimu adalah cermin yang mengkilap. Kau harus membersihkan debu yang menutupinya, karena hati ditakdirkan untuk memantulkan cahaya rahasia-rahasia Ilahi.” - Imam Al-Ghazali
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ogos 2007
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 5,837 hits