berjalan,melihat dan mentafsir….

khasiat makanan dalam islam

Posted by: mohdaliman on: September 1, 2007

Asparagus

  • Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
  • Pisang
  • Pisang menyejukkan badan dan boleh dimakan dengan madu lebah.
  • Barli
  • Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah SAW pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.
  • Selasih
  • Selasih berkhasiat menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
  • Mentega
  • Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega dicampurkan dengan kurma dan madu dapat menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
  • Lobak merah
  • Memanaskan badan dan melancarkan aliran haid dan air kencing.
  • Biji kopi
  • Ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
  • Ayam
  • Memudahkan penghadaman, membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina tidak bertelur. Kulit kayu manis
  • Kulit kayu manis juga pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia adalah campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resipi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
  • Telur
  • Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
  • Ikan
  • Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuhan, bukan makan lumpur dan benda seni dalam air. Ikan tidak dimasak sukar hadam.
  • Halia
  • Halia berkhasiat membantu penghadaman dan memanaskan badan.
  • Madu lebah
  • Madu lebah mempunyai pelbagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu paling berkualiti ialah yang dikeluarkan dalam musim bunga, seterusnya musim panas dan yang kurang berkualiti dalam musim sejuk.

  • Tinggalkan jawapan

    Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.

    tentang aku…

    Wahai teman, hatimu adalah cermin yang mengkilap. Kau harus membersihkan debu yang menutupinya, karena hati ditakdirkan untuk memantulkan cahaya rahasia-rahasia Ilahi.” - Imam Al-Ghazali
    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

     

    September 2007
    I S R K J S A
    « Ogo   Okt »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930

    Blog Stats

    • 3,989 hits