Nakbah…..

Dikirim dalam isu semasa pada Ogos 10, 2008 oleh mohdaliman

Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya.

Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisyhtiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai “nakbah”. Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar.

Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka. Baca lagi »

akademi nasyid….

Dikirim dalam Uncategorized pada Jun 19, 2008 oleh mohdaliman

 Azhan Atan, anak muda yang tergolong di dalam kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU) berasal daripada Tanjung Piai, Johor meneruskan agenda perjuangan dalam hiburan alternatif di dalam negara dengan menyertai Akademi Nasyid yang diterbitkan oleh TV9.

Pada peringkat awal, beliau telah mendapat juara semasa ujibakat diadakan di Johor dan seterusnya mewakili negeri Johor ke peringkat saringan akhir.
.
Berkat kesabaran dan kesungguhan beliau tunjukkan telah membawa beliau ke peringkat akhir pertandingan seramai 12 penyertaan yang melibatkan kumpulan dan peserta solo.
.
Kami, anak-anak muda di Johor akan terus memberikan sokongan kepada sdr Azhan Atan dalam pertandingan ini.
.
Semoga blog ini akan dapat membantu beliau mencapai kemenangan nanti. Segala yang baik datangnya daripada Allah yang Maha Esa

Anda juga boleh malayari blog beliau di http://azhan-atan.blogspot.com/

Peringatan buat yang zalim….

Dikirim dalam luahan pada Mei 27, 2008 oleh mohdaliman

<object width=”425″ height=”355″><param name=”movie” value=”http://www.youtube.com/v/NeLeZgnQAcQ&hl=en”></param><param name=”wmode” value=”transparent”></param><embed src=”http://www.youtube.com/v/NeLeZgnQAcQ&hl=en” type=”application/x-shockwave-flash” wmode=”transparent” width=”425″ height=”355″></embed></object>

jom bersedekah….fikirkan?

Dikirim dalam tazkirah pada April 17, 2008 oleh mohdaliman

Sedekah-RM1Sedekah Hari Jumaat - Peringatan Untuk Diri Saya | Selepas solat Jumaat bersama dengan penduduk kampung, Imam pada hari itu bangun dan membuat beberapa pengumuman. Antaranya yang menarik ialah hal ehwal tabung masjid yang kontang. Kekurangan tabungan begitu ketara dan mungkin akan mengganggu pendtadbiran dan perjalanan aktiviti masjid.

Beliau menyeru agar kariah lebihkan sumbangan kepada tabung masjid seminggu sekali itu. Antara lain beliau juga menyebut, tanpa maksud atau niat menghina, masih ada yang memberi 20 sen, 50sen walhal secara umum penduduk kampung mampu memberikan lebih dari itu. Tambahan pula harga getah sekarang lebih dari RM3 berbanding sekitar RM1.50 sebelumnya.

Memang benar, walaupun kecil ia tetap bermakna dari erti kata sedekah. Namun tidak banyak dapat yang boleh dilakukan jika penduduk terus memberikan nilai 70′an sedangkan kos pengurusan dan aktiviti memerlukan lebih dari itu. Selain itu beliau juga menyebut soal sedekah jariah dan impaknya kepada masyarat Islam.

Amat menarik ulasan dan pandangan yang beliau berikan. Paling hebat, ia membuat saya sendiri tersentak dan berfikir. Alangkah kecilnya sumbangan saya selama ini terhadap masyarakat dan Islam dari segi material. Kedekutnya saya! Apakah selama ini saya begitu alpa dan tidak yakin bahawa setiap yang saya keluarkan dengan ikhlas pasti mendapat rahmat. Bukan saja di akhirat, malah Allah menjanjikan balasan “cash” di dunia. Semakin banyak kita keluarkan atas jalan Allah semakin bertambah rezeki kita. Selama ini mungkin saya sendiri begitu lalai dan tidak sedar.

Jumaat itu benar benar mengajar dan mengingatkan saya untuk berlebih sedikit bila bersedekah dan berjariah. Selama di Kuala Lumpur saya memang biasa bersedekah pada hari Jumaat tetapi malangnya, seperti kata Iman tersebut, nilainya seperti zaman 70′an. Seringgit seminggu! Sungguh, saya sungguh malu kerana selama ini saya begitu kedekut. Dengan nikmat pendapatan beribu ringgit setiap bulan saya cuma mampu bersedekah RM4 seminggu! Walhal banyak lagi perbelanjaan tidak penting dan kadang kadang membazir - jumlahnya jika dihitung mungkin lebih dari ratusan ringgit sebulan.

Mungkin ramai di antara kita (pastinya termasuk saya) menggunakan wang yang banyak untuk diri sendiri, untuk hobi, mengisi masa lapang, berhibur dan sebagainya. Sebagai contoh, membeli sekotak rokok setiap hari dengan harga antara RM5.90 - RM8.20 (Dunhill). Sebulan? Atau pergi berhibur dengan belanja RM50 seminggu sekali. Ya, kita ada keperluan sendiri namun kita begitu berat untuk bersedekah. Seolah akan luak dan rugi jika bersedekah lebih. Cuba buat kira-kira berapa peratus kita bersedekah dan kita boleh nilaikan, adakah cukup atau sememangnya kita kedekut.

Mungkinkah ada diantara kita tidak percaya kepada pengurusan kewangan masjid? Atau dalam hati kita terdetik, baik sedekah ke tempat lain (mungkin sesuai untuk masjid yang kaya) atau sebenarnya kita sengaja mencari alasan. Saranan yang sepatutnya ialah kita sama sama membanyakkan sedekah tidak kira hari Jumaat atau hari lain.

Jika pulang ke kampung, perhatikan masjidnya dan ingat-ingatlah kita pesan Imam yang saya ceritakan tadi.

Utusan.net

Belasungkawa

Dikirim dalam ulama pada Februari 2, 2008 oleh mohdaliman

 Kematian Almarhum Ustaz Ishak Baharom memang satu kehilangan besar buat umat Islam khususnya pendokong gerakan Islam. Saya sendiri menyimpan gumpalan kenangan bersamanya, terutama ketika Almarhum dipecat daripada jawatan Mufti Selangor sepuluh tahun lalu. Buku saya(lutfi), Mufti lawan Mahathir, dicetak berulang kali dan Almarhum sendiri pernah mengulasnya dalam beberapa ceramah.

Saya melanjutkannya dalam buku Menyanggah Fatwa Mahathir. Ingin saya kongsi beberapa catatan sepanjang saya berhubung dengan Almarhum selepas ini, selepas menyiapkan penerbitan khas Harakah nanti, insya-Allah.Ya, Almarhum memang merupakan satu keajaiban. Almarhum Dato’ Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.
ImageAllahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.
Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja disambung.

Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.

Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama’ PAS. 

Pantun….

Dikirim dalam Uncategorized pada Februari 2, 2008 oleh mohdaliman

PANTUN JEPUN

Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung
Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman ‘fire’kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di’fire’ pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
‘Fire’ diberi pada raksaser.


ehemm… camne rasa
membazir tak masa?

HAHAHAHAAHHAHHAHHA! !!!

Gempar!nama dan gambar orang Jais

Dikirim dalam isu semasa pada Oktober 4, 2007 oleh mohdaliman

Seluruh muslimin dan muslimat di jemput hadir ke MAJLIS BUKA PUASA, MEMBACA YASIN DAN SOLAT HAJAT ATAS KEJAHATAN JAIS DAN POLIS MENGGANGGU KULIAH, CERAMAH DAN TAZKIRAH DI SURAU AR-RAFIQ Bertempat :
Surau Ar-Rafiq

Tarikh :
6 Oktober 2007(sabtu

p/s : pihak kami akan berusaha untuk mendapat Dr Harun Din atau Ustaz Ismail Kamus untuk mengimami kami dalam majlis tersebut. & gambar-gambar kepada nama-nama yang tersebut di atas boleh dirujuk dalam blog : http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

ihya’ dimalam-malam terakhir ramadhan

Dikirim dalam tazkirah pada Oktober 4, 2007 oleh mohdaliman

Baginda Rasulullah s.a.w apabila masuk sepuluh malam terakhir (bulan Ramadan), baginda menghidupkan malam-malam tersebut dengan mengejutkan isterinya dan mengikat kainnya (menunjukkan kesungguhan baginda pada malam tersebut dengan menjauhkan diri daripada bersama isteri-isterinya.

Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Aishah r.a. sabda baginda s.a.w lagi yang bermaksud : Sesiapa yang bangun pada malam al-Qadr (beribadat) dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah SWT, maka dosa-dosanya yang telah lalu diampunkan oleh Allah SWT. (hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Kepentingan waktu malam dalam kamus Islam

Malam merupakan satu waktu yang hening dan penuh kedamaian, ia amat sesuai untuk dilakukan amal ibadat kerana pada waktu itu, ramai di kalangan manusia sedang tidur dan mungkin juga melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah seperti menonton pertandingan bolasepak secara langsung dan sebagainya.

Mereka dengan sendirinya boleh terjaga dari tidur walaupun tidak mengunci jam loceng untuk bangun, tetapi masa untuk Allah agak liat dan sukar untuk dilakukan, sehingga mereka menzalimi diri kerana tidak sanggup melakukan ibadat walaupun hanya dua rakaat.

Justeru, Islam melihat waktu malam adalah penting, kerana peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Islam berlaku pada waktu malam seperti turunnya al-Quran pada malam al-Qadr, penghijrahan baginda Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah waktu malam, Israk Mikraj juga berlaku pada waktu malam, Qiyamullail waktu malam ia tidak berlaku pada waktu siang, kerana ia masa yang amat sesuai untuk mengadu nasib kepada Allah setelah penat bekerja pada siang hari.

Sesungguhnya Allah SWT memuji hamba-hambaNya yang sanggup bangun waktu malam semata-mata untuk beribadat, bermunajat kepada-Nya dan menjadikan waktu malam bagi menempah tempat di dalam Syurga-Nya, perkara ini disebut oleh Allah dalam ayat 16 surah as-Sajadah yang bermaksud: “Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya (mereka tidak tidur di waktu biasanya orang tidur, kerana melakukan sembahyang malam), sedang mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan rasa tahut dan penuh pengharapan.”

Firman Allah lagi dalam ayat 17-18 menerusi surah az-Zariyat: “Mereka (orang-orang yang bertakwa) sedikit sekali tidur di waktu malam - Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.

Malam al-Qadr di sepuluh malam terakhir Ramadan

Jelas dari apa yang disebutkan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam dua hadis di atas, membayangkan kepada kita tentang kesungguhan baginda untuk bangun malam beribadat dan bermunajat kepada Allah, sedangkan dosa-dosa baginda yang telah lalu dan akan datang diampunkan Allah SWT.

Bukan sahaja baginda melakukannya secara bersendirian, malah memastikan agar isteri dan ahli keluarganya juga tidak membiarkan waktu malam berlalu begitu sahaja tanpa melakukan aktiviti kerohanian sebagai jalan untuk menempah tempat dalam syurga.

Apatah lagi pada malam-malam terakhir Ramadan yang terdapat padanya malam al-Qadr.

Allah SWT sebut dalam al-Quran, bahawa malam al-Qadr adalah lebih baik dari 1000 bulan, iaitu kira-kira 83 tahun empat bulan, ini bermakna jika seseorang itu menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan dengan solat fardu berjamaah, tarawih, membaca al-Quran, Qiyamullail menepati malam al-Qadr, maka dia akan meraih pahala sebanyak 83 tahun empat bulan, sedangkan umurnya mungkin baru mencecah 63 tahun, seolah-olah pahalanya tahun ini melebihi dua puluh tahun daripada umurnya, inilah yang dikatakan rahmat dan bonus setahun beribadat.

Kerana pada malam al-Qadr juga para malaikat dan malaikat Jibril turun dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan, tugas nalaikat pula ada yang mencatat segala amalan yang tidak akan dikurangkan atau ditambah dengan sewenang-wenangnya.

Tetapi mengapakah masih ramai lagi di kalangan umat Islam dalam negara kita tidak bersungguh untuk merebut peluang keemasan ini yang hanya dating setahun sekali?

Menurut para ulama, antara sebab mengapa mereka tidak mengisi malam-malam sepuluh terakhir Ramadan dengan amalan yang bermanfaat, kerana tidak memiliki iman yang kental, kurang membaca al-Quran, tidak berkawan dengan orang-orang yang bertakwa, orang-orang soleh, tidak istiqamah dalam mengamalkan amalan-amalan Islam, tidak memiliki ilmu pengetahuan yang cukup mengenai ajaran Islam sebenar.

Faktor yang memudahkan seseorang itu boleh bangun untuk berqiyamullail

Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:

1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.

2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.

4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama.

5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah; “Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat.” Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin Azib.

7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma’thur seperti Ma’thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.

9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.

10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.

11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.

12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.

13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekelian!

Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda : “Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi. - mks.

tahniah ustaz nasrudin?

Dikirim dalam luahan pada Oktober 4, 2007 oleh mohdaliman

Allah sentiasa bersama hambanya yang bertakwa dan bertaqarrub,inilah dai janjiNYA…terus aku ingat lirik kumpulan raihan “bila selangkah ku rapat padaMU seribu langkah Kau rapat padaku” ilahi anta maksudi waredhoka matlubi…

Oleh : Us. Nasrudin Tantawi

3 hari sebelum saya dijadualkan untuk membentang Muqaddimah kitab Feqhud Daulah Karangan Dr. Yusuf al Qaradhawi pada Majlis Tafaqquh Fid Deen di Surau ar Raafiq di Seksyen 7 Kota Damansara , saya telah menerima tidak kurang 10 maklumat melalui sumber yang berauthoriti dan juga sms bahawa pihak JAIS akan menangkap saya di surau tersebut.
Sehari sebelum jadual itu berlangsung ( iaitu pada 29 . Sept . 2007 / sabtu ) , pihak penganjur telah menghubungi saya bagi mengesahkan laporan bahawa saya akan ditangkap oleh JAIS jika menghadhiri program Tafaqquh Fid Deen keesokkan harinya jam 9.00 am adalah laporan yang benar dan tepat.

Pihak cuba mendapatkan keputusan dari saya , apakah saya akan hadhir atau tidak ?

Saya menegaskan bahawa program Tafaqquh Fid Deen mesti diteruskan dan saya pasti akan hadhir . Pihak JAIS tidak sepatutnya mengambil langkah sedemikian kerana terlalu banyak kerja yang boleh mereka lakukan terutama pada Ramadhan ini , seperti menangkap golongan yang tidak berpuasa dan makan pula di khalayak ramai .

Jika tindakan JAIS itu adalah bertujuan untuk menakutkan saya agar tidak menyampaikan ilmu agama ini kepada masyarakat , ternyata tindakan JAIS itu sia - sia malah tidak sedikit pun menjejaskan reputasi saya sebagai seorang pejuang insyaallah .

Kalau langkah JAIS adalah untuk mengawal perkembangan agama dan penceramah memerlukan tauliah untuk menyampaikan ceramahnya , maka saya merasakan tindakan menangkap penceramah bukan cara atau langkah yang bijak dan bertamaddun.

Berkali penganjur mengingatkan saya bahawa maklumat rancangan JAIS untuk menangkap saya adalah suatu yang serius kerana ia datang dari sumber yang dipercayai .

Berkali juga saya memberi penegasan kepada penganjur bahawa saya akan tetap hadhir kerana ia adalah kewajipan saya dan saya tidak nampak tindakan saya itu adalah salah . Kerana sebelum daripada ini , saya telah menyampaikan ceramah hampir seluruh surau di negeri Selangor dan saya mendapat feed back yang positif tanpa sebarang masaalah apalagi membawa perpecahan dikalangan masyarakat ummat Islam .

30 September 2007

Saya tiba di Surau ar Rafiiq sekitar jam 9.30 am tanpa sebarang senjata melainkan sebuah kitab Feqhud Daulah untuk saya bentang.

Para hadhirin telah lebih awal memenuhi ruang surau tersebut dan majlis telah bermula di bawah pimpinan Ustaz Nasir Zakaria , seorang guru agama dan pendakwah yang bertauliah di negeri Selangor.

Saya dimaklumkan bahawa SB dan beberapa orang yang tidak dikenali serta sangat mencurigakan telah berada di dalam surau . Saya terus melangkah penuh yakin dan tenang membuat perkiraan terhadap kemungkinan apa yang akan berlaku di saat itu.

Apabila saya telah berada di dalam surau , saya mendapat maklumat dari penganjur bahawa anggota JAIS sekitar 30 orang telah masuk ke kawasan surau. Lagak mereka langsung tidak menampakkan mereka adalah penguasa agama , sebaliknya laksana gengster menuju medan pergaduhan .

Pihak Penganjur meneruskan program seperti biasa dengan Ustaz Nasir selaku penceramah dan pendakwah yang bertauliah terus memberi ceramahnya sekitar tajuk Feqhud Daulah .

Format yang Menarik .

Setengah jam kemudian , Ustaz Nasir menamatkan kuliah beliau dan membuka majlis kepada soal jawab mengenai Feqhud Daulah . Format ini dilakukan kerana saya tidak dibenarkan untuk menyampaikan kuliah dan ianya berkuatkuasa serta merta kerana akur kepada JAIS yang tidak membenarkan saya menyampaikan kuliah.

Para audien mengambil kesempatan untuk terus mengajukan soalan mengenai Feqhud Daulah kepada Ustaz Nasir yang memimpin majlis Tafaqquh Fid Deen pada hari itu.

Ustaz Nasir , sejurus menerima pelbagai soalan tidak berlengah untuk terus menjawab segala soalan dengan tenang. Sementara keadaan di luar agar hingar dengan perbincangan dan perancangan untuk terus menangkap saya , sedang saya masih berada saf hadapan dalam majlis tersebut.

Tiba - tiba Ustaz Nasir membuka kepada audien jika ada sebarang penambahan terhadap jawapan yang telah beliau berikan. Mungkin kerana menyedari kehadhiran agak ramai ulama’ muda seperti Ustaz One G , Ustaz Riduan Ismail malah Ustaz Zaharudin turut kelihatan dalam majlis tersebut.

Ustaz One G yang berada betul - betul dibelakang saya mengisyaratkan agar saya ambil bahagian untuk menambah point jawapan yang telah diberikan oleh Ustaz Nasir. Ustaz Izwan selaku pengerusi majlis , spontan menyerahkan microfon kepada saya .

30 minit ulasan.

Saya terus mencapai mic lalu menambah point - point penting mengenai Feqhud Daulah sebagai jawapan tambahan kepada soalan yang dikemukakan. Setelah 30 minit saya menjawab , saya mengembalikan mic kepada pengerusi. Majlis kian rancak dengan pelbagai soalan diutarakan oleh audien .

Ustaz One G turut ambil bahagian menjawab , demikian juga Ustaz Riduan Ismail untuk memeriahkan lagi majlis Tafaqquh Fid Deen. Malah saya sendiri tidak terkecuali untuk terus memberi komitmen menghidupkan majlis ilmu yang cukup unik pada hari itu dengan terus melontarkan idea dan ilmu yang ada buat pengetahuan dan maklumat kepada semua yang hadhir .

Keseluruhan slot yang saya guna untuk menambah point atas jawapan yang diselia oleh Ustaz Nasir Zakaria yang juga seorang guru bertauliah pada pagi itu , pada anggarannya melebihi tempoh satu jam. Saya puas hati dengan format baru ini walaupun bukan saya yang memimpin majlis kerana menghormati pihak JAIS yang tidak membenarkan saya menyampaikan kuliah.

Suasana di Luar Semakin Kalut

Beberapa orang saksi memaklumkan bagaimana pihak yang cuba untuk menangkap saya berada dalam keadaan blur dan dilema setelah didapati bukan saya yang menyampaikan kuliah sebaliknya Ustaz Nasir Zakaria yang memberi kuliah. Saya hanya menambah beberapa point atas permintaan dan dibawah selia Ustaz Nasir seorang penceramah yang bertauliah.

Tapi jelas kelihatan dari kegelisahan dan gerak geri mereka , mereka nak tangkap juga saya pada hari itu , dan kelihatan sekitar 20 orang anggota polis beruniform telah masuk ke kawasan surau .

Sementara majlis telah berada di penghujung. jam telah menunjukkan pukul 11.30 am . Keadaan di luar surau bagai dikepong oleh JAIS , Polis dan SB . Seorang saksi menelefon saya memberi anggaran lebih 100 orang yang bersedia untuk menangkap saya pada saat itu.

Saya Tidak Mahu Mengalah

Pihak penganjur mula meminta saya keluar , tetapi saya enggan keluar sehinggalah majlis selesai , kerana saya merasakan saya tidak bersalah .

Saya faham benar langkah yang diambil oleh penganjur. Mereka tidak mahu saya ditangkap. Mereka tidak mahu pemimpin mereka ditangkap oleh pihak yang tidak demokratik dan bertamaddun itu . Ya , saya memahami hal itu , malah jika saya selaku penganjur , saya juga akan menyelamatkan pemimpin saya dari diapa- apakan oleh tangan kotor yang tidak bermaruah itu .

Tetapi saya tidak mahu mengalah kerana saya berada di pihak yang benar . Apakah salah saya menyampaikan ilmu ? kalau ilmu yang saya sampaikan itu salah , mereka ada rakaman , mereka ada SB yang dihantar untuk mencatit , mereka boleh dakwa saya di mahkamah tanpa perlu menyerbu dan menangkap saya dengan menggunakan kekuatan anggota polis sebegitu ramai .

Saya terus berada dalam majlis tersebut sehingga ianya selesai . Saya lihat pihak penganjur mula bimbangkan keselamatan saya . Saya menenangkan mereka.

Saya tidak bimbangkan kekuatan manusia yang hanya dikerahkan untuk menghalang kegiatan makruf sedang mereka membiarkan sahaja pelacur selesa beroperasi biarpun disiang Ramadhan , malah saya melihat sebuah gerai yang beroperasi memberi makan kepada mereka yang tidak berpuasa , tidak jauh dari tempat program tersebut. Kenapa JAIS tidak menangkap mereka sebalik merancang untuk menangkap saya ? atau mereka bertindak atas arahan orang - orang tertentu ? apakah JAIS hanya menjadi alat orang politik yang terdesak untuk mengekalkan pengaruh politik mereka ?

Sejurus Majlis Selesai.

Saya terus berada dalam majlis sehinggalah majlis tersebut selesai dan saya terus bangun untuk keluar menuju kereta yang disediakan oleh penganjur untuk menghantar saya pulang ke pejabat saya .

Semasa saya melangkah keluar , 4 atau 5 orang unit keselamatan pihak penganjur mengiringi saya keluar melalui pintu depan dan terus menuju ke kereta . Alhamdulillah , takdir Allah swt. sebegitu ramai anggota JAIS dan Polis yang mengepong , mereka tidak perasan saya meninggalkan majlis dan terus pulang ke pejabat saya.

Dalam perjalanan saya ke pejabat , saya dihubungi oleh seorang rakan bagaimana pihak JAIS dan Polis menyerbu naik ke atas surau setelah menyedari majlis telah tamat untuk menangkap saya dan mereka terpinga - pinga melihat saya telah tiada . Mereka mengeledah 4 penjuru surau dan mereka terus mengepong surau dan mencari di persekitaran surau .

Mereka menyangka saya menyorok di mana - mana . Malah kelihatan sebahagian dari mereka yang marah - marah kerana gagal menangkap saya . Ada yang mungkin sebelum menyamar pakai kupiah , mencabut kupiah lalu menghempasnya ke bumi penuh kecewa kerana gagal menangkap saya , ada yang meludah marah penuh kecewa.

Saya hanya tersenyum mendengar laporan kawan sayan melewati telefon . Apa yang lucu , mereka turut mengekori mana - mana kenderaan yang keluar dari surau tersebut , bimbang kalau - kalau saya berada dalam kereta tersebut. Mereka mencari kenderaan saya , mereka bagai tidak percaya saya berjaya lolos dari kepongan mereka.

Saya teringat firman Allah swt .

و مكروا و مكر الله و الله خير الماكرين
Mereka merancang dan Allah juga merancang dan Allah sebaik - baik perancang.

HJ NASRUDIN HASSAN TANTAWI
TIMBALAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

lesen basikal

Dikirim dalam Uncategorized pada September 30, 2007 oleh mohdaliman

zaman2 dulu pun ada lesen basikal ke?aku terlupe nak tanya nenek kat kampung…agak2berapa kene bayar…mesti murahkan.adeke bebudak rempit guna basikal zaman dulu.heeheeee……
 

amik lesen time dulu2